Wednesday 20 April 2016

CARA BISNES ORANG CINA : DARI KACA MATA PRETTY SHAWL STREET

CARA BISNES CINA:
=================
1. Saya ada ramai kawan berbangsa Cina.
    Ramai profesional. Saya kenal mereka. Kami 
    hari-hari makan sama. Sembang-sembang.
2. Bila kami kerja, serius. Bila kami dlm waktu rehat
    kami melawak dan jadi gila2.
3. Saya nak cerita cara mereka layan customer & dapatkan sales. Jual produk satu harga ribu-ribu. Ada puluhan ribu. Ada makan juta.
4. Bisnes card sentiasa dlm poket.
5. Mereka sedaya upaya bercakap dlm bahasa Melayu jika bertutur dgn pelanggan Melayu. Ini cara memenangi hati customer. Selain komunikasi lebih berkesan.
6. Bertutur dgn jelas dan bercakap tidak terlalu laju. Agar pelanggan memahami SETIAP kelebihan produknya. Berhenti bercakap utk mendengar apabila pelanggan ada mencelah.
7.Customer always right. Sentiasa rela dimarahi customer. Tak akan mengalah dlm memenangi hati customer.
8. Ambil tahu & belajar tentang kelemahan dan kelebihan pesaing. Ini bagi memenangi sales.
9. Sentiasa visit (rajin!) customer after sales. Face to face! Hebat sekali. Bukan sekadar bertanya di mesej telefon. Bagi mereka itu tidak cukup. Mereka bertanya feedback customer ttg produk mereka. Ini kerana mereka yakin produk mereka bagus. Jika ada feedback yg negatif, mereka terima dan mendengar dgn hati yg lapang. Good customer support.
10. Saling membantu ahli team mereka. Bersama-sama tingkatkan sales. Membantu cover ahli team yg tidak dapat hadir jumpa customer.
11. Customer always first in priority. Akan datang jumpa customer ASAP apabila dipanggil @ ketika customer ada masalah teknikal dgn produk. Sangat cepat. Tak kira masa. 8 pg. 10 pg. Lunch time. 5pm. 6pm. 9pm ! Janji masa temujanji amat ditepati.
12. Mereka tidak pupuk rasa dengki sesama team mereka. Ini krn ini akan merugikan company /focus sales. Masing2 berusaha tingkatkan sales. Bantu-membantu. Namun yg mana lebih rajin dan lebih pandai ttg produk juga yg mana lebih pandai memenangi persaingan sengit mendapatkan customer dialah yg untung lebih ! Belajar dari dia !
13. Teguran customer amat dihargai. Mereka tidak cepat melatah. Yg penting customer terus bersama mereka. Tidak lari.
14. Bagi hadiah pada customer sbg penghargaan utk mereka. Siapa tak suka hadiah ! Everyday is someone's birthday !

-APABILA Pretty Shawl Street MENULIS-
#prettyshawlstreet
#belajarbisnes
#selamatpagi
#silakanshare

SELAMAT PAGI ❗

No comments:

Post a Comment