Selamat hari Jumaat!
Alhamdulillah syukur masih lagi kita diberikan nafas untuk kehidupan hari ini.
Hari ini #prettyshawlstreet ingin bercakap tentang istiqamah dalam perbuatan baik.
Bukan senang nak senang.
Bukan susah pun nak susah!
Betul tak? Faham ke tak faham ni.
Nafsu selalu mendorong kita ke arah perbuatan yang nafsu suka. Nak cepat, nak mudah, cepat mengalah, egoistik dlm perbuatan seharian. Tanpa kita sedari. Apabila sudah sebati amalan nafsu ini, sukar sudah kita mengecam mana perbuatan mazmumah yg perlu kita buang jauh2 dari diri.
Jika kita sudah terjebak dgn ujian dan cabaran hidup yg sukar, maka masa inilah kita diberi kesempatan masa utk mengenal diri kita. Mengenal amalan nakal nafsu selama ini.
Menjadi baik senang kalau diri dah biasa baik. Tapi itu pula mendorong kita kepada egoistik. Riak. Tanpa kita sedari. Mahu?
Kalau kita tak biasa sabar untuk menjadi sabar agak sukar. Perlu istiqamah. Senang saja kembali kepada amarah. Sabar dlm bersabar. Ya begitulah lebih kurang.
Bagi yg berjuang ke arah kebaikan, konsistenlah. Bersabarlah dalam bersabar!
#prettyshawlstreetonjumaat